Baru-baru ini penyanyi rap yang kini bersatus wakil rakyat, Altimet berkongsikan pendapatan bulanannya yang diterimanya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya.
Menerusi Dol’s Podcast, Altimet berkata pendapatannya mencecah RM16,000 sebulan dan Selangor antara negeri menerima bayaran tinggi kepada wakil rakyat.
BACA: Altimet Tak Selesa Dipanggil YB, Karier Seni Dah Tamat Sejak 2019
View this post on Instagram
“Di Selangor ya, kalau campur gaji kasar, elaun dan sebagainya boleh dapat bersih RM16,000. Dan tak salah sayalah, di Malaysia kalau untuk ‘top 3’ gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi,” katanya.
Sementara itu, Altimet turut mendedahkan wakil rakyat juga mendapat kemudahan untuk membuat pinjaman serta perlu mempunyai pemandu peribadi bagi memudahkan tugas mereka.
“Macam kakitangan kerajaan yang lain juga, kami ada kemudahan untuk buat pinjaman bagi membeli rumah dan kereta.
“Dan sebahagian daripada elaun yang kami terima ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan itu (driver) wajib digunakan.
“Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja dan jangan sampai tak ada ‘driver’ kalau tak bos akan tanya nanti,” katanya.
SUMBER: Dol’s Podcast