Pelawak Along Cham membuat pendedahan mengejutkan mendakwa isterinya, Afreena Suhaimi telah melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan yang menyebabkan jatuhnya lafaz taklik.

Memetik Oh Bulan, Along berkata dia akan mengesahkan lafaz tersebut di Mahkamah Syariah Sepang, Selangor dalam masa terdekat dan mendatakan isterinya melanggar lafaz taklik pada tahun lalu.

BACA: Along Cham Dakwa Isteri Seleweng Dana RM100,000

“Ya, saya akan failkan dan pengesahan lafaz taklik terhadap isteri di Mahkamah Rendah Syariah Sepang sebab alamat rumah saya di bawah mukim Sepang.

“Memang mengejutkan semua dan semua ibarat drama yang ada ‘plot twist’. Jadi, ini tindakan pertama saya lakukan selepas keluar dari ‘madrasah’ (penjara) semalam.

“Sebelum ke mahkamah untuk failkan pengesahan itu, saya perlu dapatkan beberapa dokumen penting seperti sijil nikah termasuk kad pengenalan saya yang masih pada simpanan ‘mak lampir’ itu (Afreena).

“Dia langgar taklik itu beberapa bulan yang lalu iaitu pada tahun lepas. Buat masa sekarang saya tak boleh nak cerita panjang sebab semuanya masih belum selesai,” katanya.

Sementara itu, Along berkata dia sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik tersebut di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu, namun dia ditahan polis dua hari sebelum atas kesalahan memiliki dadah.

“Saya sepatutnya buat pengesahan lafaz taklik di mahkamah pada 16 Disember, tapi saya telah ditahan pada 14 Disember.

“Kepada netizen, belajarlah agama lebih tinggi sebab lafaz taklik ini tiada kaitan dengan kes saya ditahan sebab isu dadah. Jangan buat penilaian sendiri. Pasangan mana yang berkahwin hendak bercerai. Saya sudah habis sayang rumah tangga dan agak terkejut sebab dia masih melanggar juga,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan