fbpx

Almy Nadia Nekad Berhijab Kerana Allah

Pada Jun tahun lalu, penampilan pelakon Datin Almy Nadia menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berhijab sekaligus mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Memetik Harian Metro, Almy berkata dia sudah lama berhasrat untuk berhijab namun bimbang jika sudah berhijab suaminya akan berpaling kepada wanita lain.

BACA: Kurus Ke Gemuk, Almy Nadia Syukur Dikurniakan Suami Kelakar & Membahagiakannya

Bagaimanapun, selepas berbincang dengan suaminya, Datuk Fizz Fairuz dia nekad untuk bertudung kerana Allah serta melakukan perubahan secara perlahan-lahan.

“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.

“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Almy berkata suaminya tidak menghalang hasratnya itu malah meminta untuk betulkan niat bahawa penghijrahan adalah kerana Allah.

“Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga. Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.

“Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” katanya.

Almy berkahwin dengan Fizz pada 26 April 2014. Pasangan itu dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, satu tahun empat bulan dan anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14.