Pelakon Datin Almy Nadia memberitahu dia mengakui menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan namun tidak dapat meneruskan niatnya itu.
Menerusi sesi siaran langsung yang dimuat naik semual di TikTok, Almy berkata suaminya iaitu aktor Datuk Fizz Fairuz belum membenarkannya dan tidak setuju jika isterinya terlalu kurus kerana dilihat tidak cantik dimatanya.
BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Timang Anak Perempuan Kelima
@fizzfairuzz5 Suami tak bagi kurus ? #fizzfairuz #fyp #almynadia
“Suami saya ini kadang bongok. ‘Ma janganlah ma kurus ma. Kalau kurus nanti dah tak ada bontot, kalau you kurus, tak ada bongol-bongol I nak peluk, nak gigit-gigit’
“Ha macam itu… itu suami saya. Suami saya marah kalau saya nak kurus. Dia kata nanti awak dah sekeping, awak dah tak lawa. Saya macam ‘tolong la pa, saya nak berubah jadi kurus’” katanya.
Sementara itu, Almy berkata berat badannya itu juga disebabkan dia masih menyusukan anak dan perlu menunggu apabila anak-anak sudah besar kelak.
“Dia kata boleh saya nak kurus tapi sabar bagi anak-anak besar. Sebab anak tengah menyusu lagi apa semua. Macam saya, saya tak boleh kalau anak saya menyusu, saya mesti gemuk. Sebab saya makan,” katanya.