Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan pelakon Fazura membaca komen netizen ketika sesi live yang bertanya mengapa anaknya, Fatima menangis sebelum ini.
Jawapan Fatima menjadi perhatian apabila mengatakan dia tidak mahu lagi bapanya serta mengatakan dia tidak sayangkan lagi Fattah Amin sekaligus mengejutkan ramai.
BACA: “Saya Dah Tak Sayang Daddy Lagi”
View this post on Instagram
Menerusi sesi live di Instagram petang tadi, Fazura berkata dia tidak terkesan dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya serta menyerahkan segalanya kepada Allah.
Sementara itu, Fazura berkata dia gembira dan tenang serta turut berterima kasih kepada netizen yang ambil berat akan dirinya.
“Paling penting adalah kita kena sentiasa bersabar dan serah segalanya kepada Allah. Tak mengapa biarlah mereka nak fitnah, Allah nak angkat darjat saya.
“Terima kasih semua, jangan langsung rasa sakit hati, jangan risau saya okay dan gembira, tenang. Kita sebenarnya zikir nama Allah, tapi mereka nak zikir nama Fazura biarlah,” katanya.