fbpx

“Allah Maha Berkuasa, Tunggu Saja Nasib Mereka, Karma Itu Pasti Ada”

Semalam, pengacara sensasi, Azwan Ali dilaporkan telah digugurkan sebagai pengacara program realiti, Mic On musim kedua di Awesome TV secara serta merta.

Enggan mendedahkan punca namanya digugurkan, Azwan berkata persoalan itu perlu ditanya kepada pihak Awsome TV sendiri yang mengambil keputusan drastik itu.

BACA: Azwan Ali Digugurkan Sebagai Pengacara Mic On! Serta Merta

“Mereka boleh cakap apa saja, dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti ada.

“Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ‘ciput’ (sedikit) ini, tapi saya buat demi peminat.

“Mereka boleh pertahankan kru dan wakil pengurusan, tapi saya juga ada prinsip hidup sendiri. Jangan main-main dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Azwan turut meminta pihak Awesome TV supaya selesaikan hutang secepat mungkin sebelum dia membuat laporan polis. Ujarnya lagi, orang ramai menonton program tersebut kerana dia  serta mengatakan karma menanti buat mereka yang menganiaya dirinya.

“Bayar hutang saya sebelum saya buat laporan polis. Sudahlah bayar ‘ciput’. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap.

“Penonton tengok Mic On sebab saya. Jangan nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat. Mereka aniaya saya, tunggu karma yang bakal menanti.

“Ada benda kurang ajar sudah berlaku. Jangan tanya saya, tapi tanya kepada mereka apa benda kurang ajar yang saya dakwa sudah berlaku dalam pengurusan Awesome TV. Saya takkan dedahkan tapi suruh mereka keluarkan kenyataan media,” katanya.

Tambah Azwan lagi, dia sedia untuk membawa perkara itu ke pihak berkuasa serta menggunakan khidmat peguam jika hutang tersebut tidak diselesaikan.