Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia perlu memperuntukkan sekurangnya RM40,000 sebulan untuk menampung pelbagai komitmen untuk kediaman mewahnya.
Memetik Harian Metro, Aliff berkata jumlah tersebut merangkumi bil elektrik, kos penyelenggaraan kolam renang, serta pembayaran gaji 12 pekerja iaitu pembantu rumah, pembantu peribadi dan pengawal keselamatan.
BACA: Pembantu Rumah & Tukang Kebun Buat ‘Projek’ Di Rumah Aliff Syukri
Menurut Aliff, dia tiada niat untuk menunjuk sebaliknya hanya menjawab pertanyaan pihak media serta mendedahkan rumahnya mempunyai 28 bilik namun 70 peratus bilik tidak digunakan.
“Dulu saya fikir ada rumah agam boleh menunjuk, tapi selepas memilikinya saya baru sedar komitmen bulanan yang perlu dibayar.
“Saya tiada niat nak menunjuk tapi saya sekadar menjawab pertanyaan anda (media). Saiz rumah saya ini 28,000 kaki persegi dan mempunyai 28 bilik. Tapi hampir 70 peratus daripada bilik-bilik ini tidak digunakan. Bukan sebab tak nak guna, tapi saya tak mahu menambah kos,” katanya.
Sementara itu, Aliff mengakui ’struggle’ untuk mencari duit kerana komitmen bulanannya sangat tinggi dan dia perlu bekerja keras.
“Masa nak bina rumah ini dulu, saya tak pernah terfikir masalah-masalah yang bakal berlaku seperti tandas bocor, mozek pecah dan pelbagai kos lain. Nak mengecat rumah ini sahaja mencecah RM300,000.
“Sebab itu saya ‘struggle’ nak cari duit. Jujur saya cakap, komitmen bulanan saya sangat tinggi dan ia menyebabkan saya perlu bekerja keras untuk cari pendapatan. Kalau diberi pilihan, saya lebih rela memiliki rumah yang lebih kecil. Tapi ini rumah yang saya dah bina, jadi saya reda,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkongsikan setakat ini dia sudah belanjakan lebih RM3 juta untuk kerja-kerja membaiki rumah, termasuk lampu, sistem paip, kerosakan air, tandas dan mozek.
“Setiap bulan, saya juga perlu peruntukkan antara RM300,000 hingga RM500,000 semata-mata untuk penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan rumah.
“Sebab itu saya nak nasihatkan anak-anak muda, kalau nak beli rumah, jangan fikir harga beli sahaja, tapi fikir juga kos penyelenggaraannya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro