Aliff Syukri Dedah Bonda Rozita Selalu Lebihkan Menantu

Usahakan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan ibunya iaitu Bonda Rozita sentiasa melebihkan menantunya.

Menerusi sesi siaran langsung, Aliff berseloroh mengatakan disebabkan itu juga dia selalu tidak sepandapat dengan ibunya kerana sering menangkan isterinya, Datin Seri Shahida.

BACA: “Semua Lelaki Telur Masam, Sebab Dalam Seluar Panas, Berkuap” – Aliff Syukri

“Mak saya lebihkan menantu. Satu benda yang saya tidak senang dengan mak saya, mak saya ini dia lebihkan menantu

“Salah satu sebab saya selalu bergaduh dengan mak saya adalah sebab dia selalu menangkan menantu. Tak kisahlah belah adik ke abang ipar. Semua menantu saja yang betul,” katanya.

Sementara itu, Bonda Rozita menyifatkan Aliff seorang anak yang baik serta sering menghiburkan dirinya apabila dia berada dalam keadaan sedih.

“Saya gembira sebab Allah bagi nikmat dapat anak sebaik Aliff Syukri.  Masa saya muda, saya tidak bertudung. Bila saya sedih, dia lah hiburan. 

“Bila dah tua, saya sangat mengharapkan anak lelaki yang boleh jadi ayah kepada semua anak-anak saya,” katanya.

×