fbpx

“Aliff Layak Menang, Jangan Bazirkan Masa Bergaduh” – Nikki

Diumumkan sebagai pemenang tempat kedua Gegar Vaganza musim kelapan malam tadi, penyanyi Nikki Palikat berkata dia berpuas hati dan menerima keputusan juri.

Kata Nikki dia gembira serta meluahkan rasa syukur kerana dapat merealisasikan impian kedua ibu bapanya untuk melakukan renovasi rumah.

BACA: Netizen Tak Restu Aliff Aziz Jadi Juara GV8

“Saya percaya dengan keputusan yang dinilaikan para juri mengenai keputusan malam ini. Apa pun saya bersyukur.

“Sekurang-kurangnya wang kemenangan dapat juga saya penuhi impian untuk lakukan renovasi rumah. Itu azam saya dan akhirnya ia tercapai. Saya gembira,” katanya.

Ditanya mengenai koomen netizen yang mempertikai kemenangan Aliff Aziz, Nikki berkata Aliff sememangnya layak bergelar juara serta menyifatkan penyanyi itu seorang yang rajin.

“Aliff layak menang sebab bagi saya dia peserta yang rajin. Malah Datuk Syafinaz ada memberitahu dia seorang yang mempunyai tahap ‘musicality’ yang kuat.

“Saya nampak dia punya kesungguhan setiap minggu. Tumpang gembira dengan kejayaannya. Jangan bazirkan tenaga untuk bergaduh-gaduh sebab kalian boleh nantikan single terbaru saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya.