Baru-baru ini perkongsian pelakon sensasi Ruhainies menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video rutin penjagaan wajahnya.
Apa yang menjadi perhatian Aliff Aziz dilihat ada meninggalkan komen berbaur pujian pada hantaran tersebut.
BACA: Ruhainies Disaran Cari Suami Pangkat Datuk, Tak Sepadan Dengan Aliff Aziz
“Lindungi kulit anda, bersinar bak matahari. Awak maksudkan awak sendiri?” katanya.
Menerusi hantaran itu, Aliff dan Ruhainies dilihat saling berbalas komen serta menggelar aktres itu ‘my sunflower seeds kuaci’.
Terdahulu, meskipun hampir setahun berlalu, namun kontroversi Ruhainies ditangkap khalwat dengan pelakon Singapura, Aliff Aziz masih lagi menjadi bualan.
Malah, sebelum ini ada netizen mengatakan Aliff bukan lelaki yang sesuai dengan Ruhainies dan individu turut menyarankan aktres berkenaan mencari lelaki bujang yang kaya raya.
SUMBER: HibGlam