fbpx

Aliff Aziz Kesal Kongsi Masalah Rumah Tangga Dengan Ruhainies

Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz mendedahkan dia mula rapat dengan Ruhainies selepas berkongsi masalah rumah tangganya dengan aktres itu.

Menerusi podcast The Common Folks, Aliff berkata tindakannya itu sekaligus membuka ruang dan punca hubungannya dengan Ruhainies semakin rapat di set penggambaran.

BACA: Aliff Aziz Tak Ingat Berapa Kali Curang, Akui Bukan Perkara Bijak

Menurut Aliff, hubungannya dengan isteri, Bella Astillah sudah bermasalah sebelum penggambaran drama bersama Ruhainies lagi dan tidak pernah merancang untuk berkongsi masalah dengan aktres itu.

“Saya rasa perkara ini terjadi sebab saya tak dapat berkomunikasi dengan Bella secara baik dan pasti akan jadi pergaduhan.

“Jadi, saya mendiamkan diri tanpa mengetahui tindakan itu hanya akan membuatkan lebih banyak masalah datang. Jadi saya mengalihkan perhatian saya dengan kerja.

“Tapi dalam tempoh beberapa minggu semasa penggambaran, prestasi saya semakin kurang baik dan ramai di set penggambaran sudah mula perasan perkara itu. Ruhainies pun ada bertanya adakah saya mempunyai masalah,” katanya.

Aliff berkata mungkin luahan perasaannya itu membuatkan Ruhainies rasa simpati dan ia merupakan tindakan yang paling dikesalinya kerana disebabkan itu juga sekaligus membuka ‘pintu’ hubungan mereka lebih rapat.

“Saya mula luah perasaan dan sampai sekarang saya rasa itu satu keputusan yang amat saya kesali.

“Ketika perkahwinan bermasalah dan ada perasaan yang bercampur baur, saya akhirnya jatuh dalam masalah itu. Saya mula luah sehingga Ruhainies rasa simpati.

“Namun niat saya bukan untuk raih simpati sebaliknya sekadar berkongsi. Malangnya tindakan itu telah membuka pintu untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat,” katanya.

SUMBER: Hib Glam