fbpx

Aliff Aziz, Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Tahniah kepada penyanyi Aliff Aziz dan juga isteri, Bella Astilah kerana telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 8 Julai lalu. Pasangan ini telah menamakan anak lelaki mereka ini dengan nama Mohamad Ayden Adrean.

“Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, pada hari yang mulia ini lahirnya anakandaku dengan selamat. Terima kasih ‘mummy’ kerana menjadi wanita kuat dan tabah sepanjang kehamilan ini. Buat anak lelakiku, selamat datang ke dunia. Ini adalah saat yang telah lama dinantikan oleh mummy dan daddy

“Buat cahaya mata sulungku, Mohamad Ayden Adrean, selamat hadir ke dunia dan menjadi penyeri buat keluarga,” kongsinya di dalam satu gambar yang dimuatnaik di Instagram.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat. Semoga kehadiran Ayden di dalam keluarga kecil ini akan membawa lebih cahaya kepada pasangan ini. (rtky/s)