fbpx

Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20 Peratus

Pempengaruh Islamik, Alif Teega akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan dikaitkan dengan isu penyelewengan wang kutipan derma untuk kepentingan peribadi.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di Instagram, Alif berkata fitnah tersebut dibuat tanpa usul periksa. Jelasnya lagi, dia tidak kisah orang ramai memburukkan dirinya tetapi tidak memburukkan isterinya, Aisyah.

BACA: Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Seleweng Kutipan Derma?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Menurut Alif lagi, sehingga hari ini Aisyah hanya berdiam diri sehingga ke hari ini meskipun ada yang mengaitkan dengan bapa, fitnah seleweng duit dan sebagainya.

Sementara itu, Alif menegaskan dakwaan terlibat dengan komisyen 20 peratus dari sumbangan derma adalah tidak benar sama sekali.

Dakwanya lagi, wang sumbangan yang diperoleh akan terus dimanfaat dengan sebaiknya pada penerima yang memerlukan dan mereka tidak tahu mengenai kewujudan PDF yang tersebar

Dalam pada itu, Alif mendakwa wajah mereka digunakan tanpa kebenaran dan mungkin tawaran tersebut diberikan kepada inluencer lain.