fbpx

Alif Hadi Dedah Dah Putus Cinta Dengan Yasmin Hani

Pelakon Alif Hadi mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres Yasmin Hani sudah pun berakhir dua bulan lalu.

Memetik mStar Online, impian untuk mendirikan rumah tangga dengan aktres itu tidak kesampaian, Alif bagaimanapun enggan mendedahkan punca perpisahan mereka selepas tiga tahun menjalinkan hubungan.

BACA: Belum Ada Tarikh, Ramai Nak Sponsor Majlis Kahwin Yasmin Hani & Alif Hadi

“Saya dah kembali solo sejak dua bulan lalu sekitar Ogos. Kalau boleh memang tak mahu kongsi hal putus cinta ini kepada umum sebab tak elok untuk diuar- uarkan.

“Tapi kalau dah tiba waktunya orang tahu, akan tetap diketahui,” katanya.

Aliff berkata dia dan Yasmin masih mengekalkan hubungan baik sebagai kawan dan ianya keputusan bersama untuk berpisah.

Dalam pada itu, Alif berkata dia mengakui turut bersedih hubungan yang dibina terlerai apatah lagi sudah tiga tahun bercinta namun dia hanya mampu merancang.

“Sejujurnya memang ada rasa sedih sebab kami dah bercinta tiga tahun. Namun pada masa sama saya tak mahu buang masa, perlu move on.

“Tuhan Maha Perancang, satu nikmat diambil pasti akan diganti dengan perkara lebih manis lagi,” katanya.

SUMBER: mStar Online