Alicia Amin Sah Bercerai Talak Satu

Rumah tangga hanya mampu bertahan dua tahun, pelakon dan model Alicia Amin mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Farzan Iqbal.

Memetik Kosmo, Alicia berkata mereka bercerai secara baik dan bukan disebabkan curang atau gangguan pihak ketiga. Ujarnya, selepas berbincang mereka lebih selesa sebagai kawan.

BACA: Keluar Dengan Suami Lagi Seksi, Alicia Amin Tak Kisah Bawa Watak ‘Daring’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

“Betul, kami dah bercerai secara baik. Kami pergi mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu.

“Selepas hidup bersama sebagai suami isteri selama dua tahun, kami lebih mengenali diri masing-masing dan selepas perbincangan (untuk bercerai), kami putuskan bahawa lebih selesa sebagai kawan sahaja, bukan lagi pasangan suami isteri,” katanya.

Menurut Alicia lafaz cerai dilakukan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Mengakui masih sayangkan bekas suaminya, Alicia berkata hubungan mereka sudah lama retak menanti belah dan tiada apa boleh diselamatkan.

“Saya masih sayangkan Farzan dan dia seorang lelaki yang baik tetapi, jodoh sampai sini sahaja. Saya tak nak buruk-burukkan bekas suami kerana itu bukan cara saya.

“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik sebab kerja sampai lewat malam sebagai doktor, saya pula selalu ke sini ke mari disebabkan kerja sebagai pelakon dan model.

“Saya berada di Bali, Indonesia selama lebih kurang sebulan baru-baru ini, dan lepas balik, memang dah fikir habis bahawa sampai di sini sahaja jodoh kami. Dia dah keluar dari rumah cara baik dan saya doakan yang terbaik buat Farzan,” katanya.

Terdahulu, Alicia berkahwin dengan Farzan merupakan seorang doktor perubatan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada Februari 2021.

×