fbpx

Alicia Amin Rancang Tambah Koleksi Tatu

Sebut sahaja nama Alicia Amin, pasti semua sedia maklum dengan gaya hidup bebas yang diamalkan oleh model kontroversi itu. Malah, model itu juga sebelum ini hangat diperkatakan apabila tampil seksi dan berbogel dalam beberapa sesi fotografi.

Terbaru, Alicia mengakui bercadang untuk menambah lebih banyak koleksi tatu pada badannya selepas ini. Perkara itu dikongsi oleh Alicia apabila ada peminat bertanyakan mengenai pemilihan tatu.

BACA: Alicia Amin Rasa Hebat Ada Suami Di Sisi Ketika Mabuk

Menerusi Insta Story, Alicia berkata dia tidak akan mencacah tatu bermotifkan orang yang masih hidup seperti wajah sebenar dan seumpamanya.

“Saya tidak akan mencacah tatu orang hidup pada badan. Mungkin saya akan memilih tatu bermotifkan penghormatan tetapi tidak sekali wajah sebenar,” tulisnya.

Katanya lagi, untuk koleksi tatu selepas ini dia mungkin memilih tatu bermotifkan anime Dazai, iaitu karakter dalam siri Bungo Stray Dogs.

Terdahulu, Alicia turut dikecam hebat oleh netizen apabila membela anjing sebagai haiwan peliharaan dan mengakui masih mengambil minuman beralkohol.