fbpx

Pelawak Ali Puteh akhirnya sudah selesai melangsaikan hutang kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah berjumlah RM72,490 semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ali turut memaklumkan wang tersebut dimasukkan melalui Cash Deposit Maching (CDM) serta berkongsikan 27 keping resit sebagai bukti pembayaran.

BACA: Hidayah Setuju Ketepi Faedah Empat Peratus Terhadap Ali Puteh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

Ali turut berkata dia hanya membayar sebanyak RM72,490 selepas menolak RM3,000 kerana Hidayah juga ada berhutang dengan dirinya.

“Balu (Hidayah) juga ada sangkut hutang dengan saya RM3,000. Peguam kata kontrakan sahaja dengan jumlah wang ini. Jadi saya bayar RM72,490,” katanya.

Dalam pada itu, Ali turut berharap selepas ini tiada lagi isu berbangkit serta mengambil apa yang berlaku sebagai pengajaran buat dirnya serta mewakili keluarga arwah abannya memohon maaf kepada semua pihak.

“Selepas ini harap tiada lagi sebarang dakwaan atau berpanjangan isu ini. Maaf lambat sedikit sebab ada kekangan kerja. Saya ambil ini sebagai satu pengajaran buat diri sendiri dan semua. Selepas ini, fokus kacau sambal,” katanya.