Baru-baru ini tindakan Man Raja Lawak menderma sebahagian wang kemenangannya sebanyak RM50,000 kepada mereka yang memerlukan ketika menghadapi krisis COVID-19 menjadi perhatian umum dan dipuji netizen.
Difahamkan, wang bantuan tersebut sudah pun habis disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan Man turut memohon agar mereka yang mendapat bantuan berkenaan menggunakan wang yang diberikan dengan sebaik mungkin.
BACA: Aliff Syukri & Ali Puteh Akhirnya Berdamai
Menerusi Facebook miliknya, Man turut meminta agar tindakannya memberikan sumbangan itu tidak dipuji melambung kerana bimbang perbuatannya itu hanya nampak mulia disisi manusia tetapi sia-sia disisi Allah.
Perkongsian Man itu menjadi perhatian ramai apabila Ali Puteh dilihat meninggalkan komen memberi pesanan dan nasihat kepada Man agar selepas ini eloklah jika dirahsiakan atau tidak dihebahkan segala amal kebajikan yang dilakukan.
Bagaimanapun, komen Ali Puteh itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen sehingga tercetus perbalahan di antara pelawak tersebut dengan pengikut Man Raja Lawak.
Tidak hanya berdiam diri, Ali dilihat mempertahankan dirinya dan membalas kecaman netizen sekaligus membuatkan dia terus dihentam teruk. Mungkin tidak tahan dengan kecaman dan kritikan dari netizen, komen tersebut telah pun dipadamkan.
Nampaknya Ali Puteh perlu lebih berhati-hati sebelum memberikan komen selepas ini kerana mungkin ramai netizen masih belum ‘move on’ dengan isu sikapnya terhadap kakak iparnya sebelum ini. Apa pun kita fikir baik-baik sahaja, mungkin Ali Puteh hanya sekadar memberi nasihat kepada rakannya itu.