fbpx

Ali Puteh Bengang Masih Dituduh Tamak Harta

Perkongsian pelawak Ali Puteh menjadi perhatian ramai apabila meluahkan segalanya di akaun Instagram selepas sekian lama memendam perasaan terhadap segala kecaman netizen.

Menerusi entri itu, Ali mencabar orang luar yang masih tidak berpuas hati dengannya untuk bertemu secara berdepan.

BACA: Tiada Lagi Tempat Bermanja, Ali Puteh Rindu Arwah Ibu

“Ada netizen yang masih komen benci, meluat, tamak harta, hidup senang dengan harta arwah Abam. ‘Setting’ tempat, beritahu di mana, saya datang jumpa,” katanya.

Kata Ali lagi, dia bukannya mahu riak ataupun takbur dan jauh sekali ingin bergaduh, namun setiap kali perkara tersebut diheret ke balai polis semuanya seperti ‘anak kucing’.

“Cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen-komen tak sedap. Sebab sudah banyak kali ke balai jumpa netizen mengenai kes ini. Apabila depan polis semua comel belaka macam anak kucing. Masa komen macam harimau, bila jumpa semua macam ‘baby’ ala-ala comel”.

“Ingat tau, bukan nak bergaduh. Cuma selesa cakap berdepan lagi syok. Harap mana yang saya pernah jumpa di balai tu munculkan diri komen okey.

“Ada video semua cuma tak nak disebarkan malu pada netizen yang saya jumpa macam kucing tu. Cuma pesan berpada-padalah bila komen. Nak kepastian ke apa ke, tetapkan tempat, kita kopi-kopi,” katanya.

Terdahulu, Ali dikecam teruk oleh netizen berikutan kemelut membabitkan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.