fbpx

Sah bercerai talak satu dengan isterinya, Ira Kazar sebentar tadi, pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengucapkan rasa syukur semuanya sudah selesai hari ini.

Memetik Harian Metro, bagaimanapun Syamsul enggan mengulas lanjut mengenai perasannya selepas perceraian berkenaan.

BACA: Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

“Alhamdulillah, perceraian dan segala perbicaraan ini dah selesai. Perasaan saya, ‘no comment’. Alhamdulillah, semua selesai, saya cuma ‘no comment’,” katanya.

Sementara itu, Ira turut turut meluahkan rasa syukur ketika melangkah keluar dan hanya memberikan komen ringkas kepada pihak media.

“Alhamdulillah, dah selesai,” katanya.

Dalam perbicaraan hari ini mahkamah mendapati Ira melanggar taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial sekaligus menjatuhkan talak ke atasnya.

Peguam mewakili Syamsul berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali dan pertama kali pada 14 Ogos lalu.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

SUMBER: Harian Metro