fbpx

“Aku Tak Pernah Hina Islam, Allah Jemput Saya Dalam Keadaan Itu”

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna X meminta orang ramai tidak mempromosikan video Sajat meskipun mereka terhibur melihat gelagat usahawan sensasi itu.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Malah, individu itu turut mengingatkan netizen bahawa Sajat sudah banyak menghina agama Islam termasuk kontroversi usahawan itu berpakaian wanita ketika menunaikan ibadah umrah.

BACA: Tayang Punggung & Payudara, Sajat Lincah Menari Di Kelab

Perkongsian individu itu mendapat reaksi daripada usahawan tersebut yang menafikan dirinya menghina agama serta berharap tiada keluarga individu itu menjadi seperti dirinya.

 

“Aku tak pernah hina Islam. Korang yang suka menghukum Sajat dengan mempergunakan Islam. Apa yang awak tulis ini, saya harap keturunan awak tidak menjadi seperti saya (transgender). Cakap jangan selalu pandang di atas, takut nanti awak di bawah tersedung kaki bila berjalan. Amin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sajat mengatakan sudah ditakdirkan dia dijemput mengerjakan ibadah umrah dalam keadaan itu serta meminta orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap dirinya.

“Allah menjemput saya dalam keadaan itu. Pandangan itu jangan terlalu jahil sangat, jangan cepat jatuhkan hukum Sajat menghina Islam.  Bagi saya, ayat awak seolah-olah awak itu membuat kerja Allah,” tulisnya.

Tambah Sajat lagi, dia meluahkan rasa syukur segala urusannya untuk keluar dari Malaysia dipermudahkan serta menegaskan dia masih lagi seorang beragama Islam.