Umum mengetahui, pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman kini tampil bertudung dan sudah pun memadam gambarnya yang mendedahkan aurat di Instagram.
Menerusi perkongsian di Insta story, Norreen berkata dia menerima mesej dan komen daripada netizen yang merasakan seolah kehilangan diri sebenar pelakon itu.
BACA: Tampil Berhijab, Norreen Iman Menangis Padam Gambar Lama Di IG
Namun, Norreen berkata dia masih orang yang sama tetapi hanya penampilannya sahaja yang berubah. Katanya lagi, dia mahu mengurangkan percakapan serta mengubah ke arah lebih baik.
“Siapa yang tak nak berubah jadi insan yang lebih baik untuk masa hadapan? Apa yang aku kena buat sekarang, aku kena kurangkan cara percakapan aku,” katanya.
Dalam pada itu, Norreen mengakui kesilapannya apabila berjaya menurunkan berat badan dia mempunyai persepsi untuk tampil terdedah untuk meyakinkan orang ramai.
“Sejak aku turunkan berat badan, aku ada satu persepsi, I sould show more skin so people will understand, people will see and believe yang aku betul-betul lose weight.
“Tapi aku silap, aku yang menggelabah. Aku yang macam is a reward for myself. Aku silap, tak perlu pun aku nak tunjuk beriya bagai, tunjuk perut, tunjuk boobies,” katanya.