“Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni”

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Sharnaaz Ahmad dikatakan saling ‘unfollow’ dengan aktres, Amelia Christe di Instagram.

Bagaimanapun, Sharnaaz enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan aktres itu namun mengatakan hubungan mereka dalam keadaan baik.

BACA: Saling Unfollow Di IG, Sharnaaz Jawab Status Hubungan Dengan Amelia Christie

Menerusi perkongsian di Insta Story, Sharnaaz tampil menjelaskan mengenai kenyataannya dia tidak pernah mengiyakan hubungan cinta dalam temu bual sebelum ini.

Sharnaaz mengatakan netizen salah faham mengenai apa yang diperkatakan dalam temu bual itu hanya menjawab pertanyaan diajukan oleh pihak media.

“Aku rasa ampa salah faham ni. Yang aku jawap tu untuk wartawan bukan ampa diluar sana. Dari awal pun aku tak pernah iyakan pada wartawan macam mana nak kata putus?

“Jadi pada yang tahu dan nampak aku dengan Amelia, yang tahu cukuplah setakat itu. Nak canang macam gendang bukan cara aku dah. Wartawan tanya aku cuma jawab sehabis bermoral pada semua,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz berharap perkara itu berhenti setakat ini saja dan meminta untuk mendoakan yang baik-baik saja buat dirinya dan semua.

×