Kecoh diperkatakan sejak beberapa hari ini apabila ada segelintir artis meluahkan pendapat mengenai nasib artis susulan lajutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana ‘periuk nasi’ mereka terjejas kerana tiada kerja.

Bagaimanapun tindakan mereka itu dikecam teruk, malah ada netizen mengatakan selepas menunjuk-nunjuk kemewahan boleh pula mahu minta bantuan.

BACA: Zarina Anjoulie Buka Tudung, Tayang Buah Dada?

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie yang menegur sikap artis yang suka menunjuk kemewahan tetapi tiada perancangan masa depan. Kata Zarina, itu adalah pilihan artis itu sendiri untuk hidup mewah dan akhirnya terpaksa ikat perut.

Menurut Zarina, meskipun dia hidup secara sederhana tetapi masih mampu makan mewah dan berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik.

“Itu pilihan kau untuk beli kereta dan motor mahal. Lepas itu tak ada duit nak makan. That’s you choice bro. Kalau dah tahu macam itu, hiduplah bersederhana. Ni masing-masing tak sedar diri pakai kereta mewah, sanggup ikat perut sampai tak ada duit simpanan.

“Yang aku ni bawa Satria Neo buruk pun makan ‘steak’ dan udang galah la hari-hari. Malah aku dan boyfriend aku boleh menderma.

“Bukan nak riak tapi macam mana aku ni hidup sederhana tapi boleh kongsi dengan orang lain. Korang yang ada Alphard hitam la Velfire hitam,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata pandangan masyarakat kononnya golongan artis mempunyai kelas tersendiri adalah daripada sikap mereka sendiri yang sering pamerkan gaya hidup mewah mereka kepada umum.

“Masalahnya engkau yang tanam dalam otak orang seperti korang semua kaya raya walhal you guys have nothing. Dan bila sekarang korang kena kecam, padan la muka korang artis-artis. Cubalah hidup sederhana, hidup macam orang biasa tak ada la orang kecam,” katanya.

Terdahulu, Black Hanifah dan Tomok menjadi mangsa kecaman netizen yang mempertikaikan tindakan mereka meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan penggiat seni.

Bagaimanapun, Black menjelaskan kenyataannya bukan untuk dirinya tetapi disuarakan bagi mewakili penggiat seni lein khususnya di belakang tabir dan artis veteran.

×