Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzokumura akhirnya membuka cerita mengenai kejadian sebenar insiden isterinya, Allahyarham Akiko Okumura terjatuh dari tingkat empat di kondominum mereka.
Menerusi satu sesi siaran langsung, Ridzokumura berkata pada malam kejadian dia terdengar bunyi dentuman kira-kira jam 1 pagi namun tidak sangkakan kemalangan kerana rumah mereka di sebelah lebuh raya.
BACA: Pertama Kali Puasa Tanpa Ibu, Zarina Zainuddin Sediakan Sushi Buat Sky Bersahur
“Abang dengar bunyi macam jatuh, bunyi macam kemalangan, disebabkan rumah sebelah lebuh raya, jadi memang selalu berlaku. Selalunya abang akan pergi periksa bersama isteri jika ada sebarang kejadian, tetapi malam itu abang terlalu penat dan terus tidur,” katanya.
Bagaimanapun, keesokan harinya dia mendapati Akiko tidak menyediakan sarapan seperti kebiasaannya dan bergegas ke bilik air utama dengan memanjat tingkap dan mendapati isterinya terbaring tertiarap di atas tanah.
“Abang sudah mula tak sedap hati segera ke bilik kami dan mendapati tingkap bilik sudah pun terbuka dan rosak. Tanpa berfikir panjang, saya terus meminta pengawal keselamatan untuk menghubungi pihak ambulans dan polis.
“Memandangkan arwah jatuh dalam keadaan yang baik, saya tidak mengalihkan badannya kerana menyangka dia masih bernyawa,” katanya.
Dalam pada itu, Ridzokumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan berkata sudah menjadi rutin arwah isterinya untuk mengemas rumah setiap kali menyambut bulan puasa.
“Isteri abang ni sebelum berpuasa, dia nak kemas itu, kemas ini. Semua dia nak kemaskan. Abang tak tahu sama ada dia jatuh tu sebab dia nak kemaskan….semua abang tak tahu. Abang dah tidur malam tu.
“Harap semua faham, janganlah buat andaian yang bukan-bukan lagi. Semua orang dah tahu segala-galanya macam mana keadaan dia,” katanya