Sekitar dua tahun lalu, hangat diperkatakan apabila pelawak Ajak dan Shahrol saling berbalas kenyataan di media sosial isu membabitkan sebuah stesen radio.
Terbaru, Shahrol dilihat ada memuat naik gambar bersama Ajak sekaligus menandakan hubungan mereka kini sudah kembali baik dan jernih.
BACA: Ajak Dedah Sikap Sebenar Shahrol, Geli Dipanggil Sahabat
Menurut Shahrol, pertemuannya dengan sahabatnya itu mengimbau begitu banyak kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan serta turut mendoakan Ajak terus maju jaya dalam apa yang diceburi.
View this post on Instagram
“Jika kuku panjang, buang kuku bukan jarinya. Jika ada masalah buang ego bukan silaturrahimnya. Dialog tersebut bukan sekadar lafaz didalam sketsa MLM tetapi dieksekusi secara realiti.
“Satu malam yang panjang mengimbau begitu banyak kenangan bersama yang tidak mungkin dilupakan selamanya. Doakan awak terus maju jaya Ajak. Karya itu kasi jadik,” tulisnya.
Perkongsian Shahrol itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang teruja apabila melihat hubungan antara dua sahabat itu. Malah, ada yang berharap kedua mereka dapat beraksi di satu pentas yang sama.