Ajak Bermesra Dengan Isteri, Netizen Sebak Tengok Shuib

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di TikTok, pelawak Shuib Sepahtu ada memuat memuat naik video memaparkan rakannya Ajak sedang bermesra dengan isterinya.

Menerusi video tersebut, Ajak dilihat menyuap makan isterinya yang berada di sebelah dan Shuib pula menyuap dirinya sendiri.

BACA: Dipuji Kacak, Ramai Setuju Shuib Duda Terhangat Di Pasaran

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sedih dan sebak apatah lagi pelawak itu sudah kehilangan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Kata netizen lagi, jika arwah masih ada lagi sudah pasti pasangan itu paling romantis. Netizen berkata, sudah pasti Shuib juga terimbau kembali kenangan bersama isteri tercinta.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar Shuib diberikan kekuatan serta dipertemukan dengan jodoh yang baik untuk menjadi ibu buat anak-anaknya.