fbpx

Aisyah Hijanah Kembali Hadir Majlis Ilmu, Tenang Hadapi Ujian Hidup

Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah mengejutkan ramai apabila mengesahkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Alif Teega pada Ogos lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aisyah dilihat tenang kembali menghadiri majlis ilmu serta mengatakan dia sentiasa bersangka baik dengan ujian ditetapkan Allah.

BACA: Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega

“Sekarang memang banyak tetapkan pemikiran saya untuk selalu maju ke hadapan. Bersangka baik dengan Allah kerana banyak lagi yang Allah nak beri selepas ini. Sekarang saya dah kembali hadiri majlis ilmu seperti dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Aisyah turut berkongsikan rutin hariannya dengan perbayakkan solat sunat dan solat di masjid sekurangnya sekali sehari.

“Saya percaya nikmat sabar. Bila pergi majlis ilmu ni banyak yang lembutkan hati. Rutin harian selalunya sava banyakkan solat sunat dan minta Allah berikan yangg terbaik. Banyak ke masjid dan setiap hari mesti ada satu waktu solat yang wajib buat dekat masjid,” katanya.

SUMBER: mStar Online