fbpx

Aishah Azman Tak Fobia Bercinta, Nak Lelaki Berpendidikan Tinggi

Pernah berdepan episod putus tunang tiga tahun lalu, pelakon Aishah Azman berkata dirinya masih solo dan belum lagi bertemu jejaka yang menepati ciri lelaki idamannya.

Memetik Media Hiburan, Aishah berkata dia kini lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup selepas melalui pengalaman sebelum ini.

BACA: Padam Gambar Free Hair, Aishah Azman Nekad Berhijab

“Saya tak tutup pintu hati. Tak fobia pun. Cuma saya belum bertemu dengan calon yang sesuai tambahan pula sekarang ini saya lebih berhati-hati.

“Saya pernah melalui pengalaman dalam hal seperti itu jadi lebih mudah untuk saya kenal sifat seseorang itu,” katanya.

Menurut Aishah, dia mahukan lelaki yang menghormati orang tua terutama keluarganya serta seorang yang berpendidikan tinggi.

“Paling penting dia perlu menghormati orang tua. Hormati keluarga saya dan diri saya sendiri. Selain itu, antara ciri-ciri yang saya suka adalah berpendidikan tinggi, kerana bila seseorang itu ada pendidikan, dia lebih pandai untuk menyelesaikan masalah,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun itu mendedahkan ada beberapa lelaki cuba mendekatinya namun dia memilih untuk tidak melayan.

“Ada saja lelaki yang cuba mendekati ketika ini tapi saya memilih untuk tidak melayan, kalau boleh saya tak mahu orang dari kalangan dalam industri, saya mahu orang luar.

“Yang mendekati saya itu bukanlah dari golongan selebriti, mereka orang biasa. Mereka juga ada yang menepati kriteria yang saya cakapkan tadi,” katanya.