fbpx

Aisar Khaled Dikecam Buat ‘Content’ Hidup Bujang Tapi Tayang Duit

Sebut saja nama Aisar Khaled, pasti ramai mengenali influencer kontroversi itu. Apa saja konten yang dibuat pemuda itu pasti akan menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, Aisar ada memuat naik content terbaru di akaun Tiktok miliknya memaparkan kehidupan sebagai orang bujang. Bagaimanapun, Aisar sekali lagi dikecam oleh netizen yang kurang senang dengan konten tersebut.

BACA: Baru 22 Tahun, Aisar Khaled Berjaya Beli Kondominum Mewah RM1 Juta Dekat KLCC

Mana tidaknya, menerusi video itu Aisar seolah sedang mengeluh ketika membuat peti sejuk di rumahnya dan ada sebiji telur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ??????????? ? (@aisar_khaledd)

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila peti sejuknya itu dipenuhi dengan bungkusan duit RM1. Bukan itu saja, dia kemudian mahu mengambil kasut dan membancuh teh, namun memaparkan banyak longgokan duit.

Perkongsian Aisar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan pemuda itu seolah menunjuk-nunjuk.

Video itu turut dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan menulis kapsyen menyindir Aisar bahawa pemuda itu akan membuat permohonan maaf seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen tidak faham apa sebenarnya motif di sebalik video itu. Malah, ada yang menegur tindakannya itu boleh mengundang bahaya lebih-lebih lagi jika ada individu yang berniat jahat.