fbpx

AirAsia BIG Dan WCT Group Luaskan Program Kesetiaan Bersama

Pada November 2013 yang lalu, AirAsia BIG bersama sama Paradigm Mall melancarkan kerjasama pertama untuk kempen Shop & Fly. Menerusi kempen ini, ahli program kesetiaan AirAsia BIG (Loyalty Programme) atau digelar BIG Shot layak menikmati lebih banyak BIG Point dengan berbelanja di Paradigm Mall — terima 2 BIG Point dengan setiap RM1 yang dibelanjakan setiap Isnin sehingga Jumaat & terima 1 BIG Point untuk setiap RM1 dibelanjakan pada hujung minggu. Semudah itu!

Dengan kejayaan kempen Shop & Fly bersama Paradigm Mall itu, AirAsia BIG pada bulan Mei 2014 ini telah bersedia untuk melancarkan kerjasama yang lebih besar bukan sahaja dengan Paradigm Mall tetapi dengan seluruh WCT Group of Companies (WCT). WCT termasuk Paradigm Mall, gateway@klia2, Premiere Hotel dan WCT Land. Dengan kerjasama yang kuat & menarik ini, ahli AirAsia BIG Loyalty Programme kini layak menerima lebih banyak BIG Point dan terbang secara PERCUMA dengan hanya berbelanja, makan malah membeli hartanah di bawah entiti WCT Group. Kerjasama program kesetiaan bersama ini telah dilancarkan pada 20 Mei 2014.

Ingin tahu bagaimana senangnya untuk mengumpul BIG Point dengan berbelanja bersama WCT Group sebagai ahli AirAsia BIG Loyalty Programme?

Untuk Paradigm Mall:
Terima 2 BIG Point untuk setiap RM1 yang dibelanjakan pada hari biasa (Isnin – Jumaat)
Terima 1 BIG Point untuk setiao RM1 yang dibelanjakan pada hujung minggu (Sabtu & Ahad)

Untuk gateway@klia2 dan Premiere Hotel:
Terima 1 BIG Point untuk setiap RM1 yang dibelanjakan SETIAP HARI.

Ada lagi! Untuk meraikan kerjasama ini, AirAsia BIG dan WCT Group juga akan melancarkan peraduan 5 Million BIG Points Giveaway Celebratory di Paradigm Mall, gateway@klia2 dan Premiere Hotel bermula 26 Mei 2014 sehingga 13 Jun 2014. from 26th May to 13th June 2014.

Ikuti laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/myBIGShots untuk perkembangan & maklumat terkini berhubung peraduan hebat ini.

Ingin mendaftarkan diri sebagai ahli program kesetiaan bersama ini? Lawat mana mana syarikat yang kami nyatakan di atas dan daftar. Untuk maklumat lanjut tentang AirAsia BIG Loyalty Programme dan WCT Group, sila layari: www.airasiabig.com and www.wct.com.my. Jom!