fbpx

Aiman Tino Setiap Hari Nasihat Isteri Ubah Penampilan Seksi

Tampil dengan imej seksi di media sosial, isteri kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Che Syarah Haifah ditegur oleh netizen agar tampil lebih sopan.

Memetik mStar Online, penyanyi berusia 25 tahun itu berkata dia terbuka dengan hati terbuka komen-komen yang diberikan oleh netizen.

BACA: Isteri Sedut Air Dari Mulut Aiman Tino, Netizen Kata Sweet Betul

Menurut Aiman lagi, dia sudah pun menjalankan tanggugjawab sebagai suami dengan memberi nasihat serta menegur isterinya setiap hari.

“Ada yang komen serta tegur saya terima dengan hati terbuka tapi jangan sampai menggores perasaan orang lain.

“Sebagai suami saya sudah jalankan tanggungjawab… Saya sudah nasihat dan tegur tapi siapa kita nak paksa sebab tiada kuasa mengenai itu? Paling penting setiap hari Aiman akan cakap dan nasihatkan isteri,” katanya.

Terdahulu, Aiman Tino sah bergelar suami kepada Syarah Haifa dengan sekali lafaz pada 27 April lalu di dewan Astana, Shah Alam.