Soalan yang ya, kami sendiri pun sering tertanya tanya, sampai bilakah drama rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini bakal berakhir. Kasihan anak anak sebenarnya.
Ini perkembangan terbaru pasangan ini, Laporan mStar Online menyebut yang satu saman telah di’keluarkan terhadap Aidil Zafuan kerana mengabaikan nafkah anak & isteri.
Peguam Rita Rudaini, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata surat saman telah pun di’hantar ke rumah keluar Aidil Zafuan di Negeri Sembilan namun masih tiada balasan.
“Sebenarnya kami telah memfailkan saman sejak 2 bulan lepas tetapi pihak kami tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak Aidil Zafuan,” ujar peguam tersebut semalam.
Oleh itu, peguam Rita Rudaini memohon kebenaran mahkamah untuk menyampaikan notis saman secara tampalan di rumah Aidil Zafuan di Seremban & tempat kerja beliau sekarang.
Aidil Zafuan yang di’hubungi pula mengatakan yang beliau dan keluarganya sehingga hari ini tidak menerima sebarang surat saman — dan tidak akan memandang ringan perkara ini.