fbpx

Ahli Kumpulan Kecik, Juara Raja Lawak 4 Kena Tahan Akibat Dadah?

Berita kurang menarik untuk di’baca di’pagi hari tetapi apakan daya, editor minta untuk kami tulis juga.

Harian Metro melaporkan hari ini salah seorang ahli kumpulan peserta yang pernah menjuarai Raja Lawak di’tahan polis kerana penyalahgunaan dadah.

Ahli kumpulan lawak tersebut di’temui merayau tanpa arah tujuan di bandar Tuaran, kelmarin dan menimbulkan syak wasangka tentang aktiviti pemuda ini.

Menurut polis, pemuda ini di’temui berjalan seorang diri di sekitar bangunan dalam keadaan yang mencurigakan menjadi punca ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Ujian air kencing menunjukkan ahli kumpulan lawak yang masih aktif berlawak ini positif mengambil dadah & di’reman empat hari untuk membantu siasatan.

Menurut hint yang di’berikan, hanya dua kumpulan sahaja yang pernah menjuarai Raja Lawak — Sepah & Kecik. Sepah kini sudah tiada dan di’gantikan dengan Sepahtu & Kecik sahaja yang berasal dari Sabah. Hmm.