fbpx

Norasyikin Bukan Isteri Faizal AF4

Drama perkahwinan Faizal AF4 pun berterusan. Tidak penting, tetapi menarik untuk kita semua ikuti perkembangan’nya.

Hari ini, Berita Harian menghubungi ibu kepada pelakon Momok The Movie, Norasyikin yang di’dakwa sebagai isteri Faizal AF4.

Faizal AF4 mendakwa mereka telah berkahwin 10 bulan lalu tanpa pengetahuan keluarga & kini Norasyikin mengandung 8 bulan.

Ibu Norasyikin, Norlehan Md Said, 42 menafikan kenyataan itu dan mendakwa ada berlaku salah faham tentang siapa ‘Norasyikin’ yang sebenarnya.

“Mungkin ada orang lain yang namanya serupa dengan anak saya berkahwin dengan Faizal tapi saya ingin menjelaskan anak saya tidak ada kena mengena dengan perkahwinan ini,” katanya.

Namun, Norlehan tidak menafikan yang anak gadis beliau memang asal Temerloh & berlakon bersama Faizal AF4 dalam Momok The Movie.

Ini sudah mejadi komplikated. Jika keluarga sebelah lagi juga tidak tahu menahu hal perkahwinan ini, boleh jadi ada sesuatu yang di’sorokkan.

Faizal, apa lagi, sila jawab sejujur mungkin & kami teringin benar mahu lihat wajah Norasyikin ini.