Sebenarnya ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru Agnes Monica sejak beberapa bulan lalu.

Selain gaya pemakaian yang kini lebih berani & seksi, perubahan yang ketara ialah warna kulit beliau yang kelihatan lebih gelap.


Bercakap kepada media Indonesia apabila di’tanya tentang reaksi peminat, Agnes Monica menjawab ada yang suka beliau berkulit cerah, ada yang suka beliau dengan kulit gelap sekarang ini.

“Semua’nya bergantung selera masing masing tetapi buat masa sekarang saya selesa dengan warna kulit saya. Jika saya mahu kembali cerah, saya hanya perlu berhenti menjemurkan diri (tanning),” ujar Agnes Monica kepada portal hiburan Kapan Lagi.

Agnes Monica sebenarnya mempunyai satu lagi minat menarik iaitu menulis karya seperti novel & skrip selain cinta beliau kepada bidang muzik yang banyak melonjakkan nama beliau.

Dan menurut bintang popular Indonesia ini, sudah ada pihak produksi sebenarnya berminat dengan karya penulisan skrip beliau walaupun belum siap sepenuhnya.


Namun Agnes Monica menolak sebarang tawaran untuk merealisasikan karya beliau dek kerana beliau seorang yang pentingkan kesempurnaan dan tidak semudah itu untuk menyerahkan karya ke tangan orang lain.