Pelakon Afifah Nasir berkongsikan khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata sulung lelaki.
Menerusi perkongsian di Instagram, Afifah berkata dia dan suaminya sememangnya mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata lelaki dan doa mereka dimakbulkan.
BACA: Suami Afifah Nasir Suka Western Food, Seminggu Sekali Makan Sajian Melayu
View this post on Instagram
Dalam hantaran dikongsikan, Afifah turut memuat naik video sekitar majlis pengumuman jantina anak pertamanya itu yang dihadiri oleh keluarga.
Untuk rekod, Afifah mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz pada Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.