fbpx

Selepas 25 tahun mendirikan rumah tanga, bekas isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah mendedahkan mereka sudah bercerai sejak April lalu.

Memetik mStar Online, Afdlin berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali rujuk dengan bekas isteri namun menyerahkan kepada takdir.

BACA: 25 Tahun Kahwin, Afdlin Shauki & Isteri Bercerai

“Saya tidak pernah tutup hati untuk kami kembali bersama namun saya serahkan semuanya kepada jodoh dan kuasa Allah. Selepas bercerai, kami tidak pernah berbincang tentang hal tersebut dan membiarkan keputusan yang dibuat sebelum ini.

“Sebelum lafaz talak di mahkamah, kami berpegangan tangan dan memohon maaf.  Kami berpelukan buat kali terakhir sebelum melafazkan cerai,” kataya.

Masih bekerjasama dalam berkarya, Afdlin berkata ia bukan satu masalah kerana dia dan bekas isteri sudah lama bersahabat baik. Namun, Afdlin mengakui kekok untuk menyebut bekas isteri apatah lagi sudah lama mendirikan rumah tangga.

“Sebenarnya rasa pelik apabila sebut dia sebagai bekas isteri. Kami sudah berkawan lama dan akan terus kekal begitu. Dia adalah sahabat dan pasangan dalam kerja penulisan.

“Tak pernah rasa kekok untuk bekerjasama walaupun sudah bercerai malah kami sambut raya bersama meskipun sudah bercerai.  Kami masih berkawan, cuma bezanya sekarang tidak lagi tidur sekatil,” katanya.

Dalam pada itu, Afdlin berkata  perasaan paranoid sepanjang pandemik antara sebab hubungan antara mereka mula renggang. Ujanrya, anak-anak menerima baik perpisahan tersebut.

“Ketika tempoh pandemik sebelum ini keluarga sya jadi terlalu paranoid kerana saya sering kerja di luar sedangkan mereka tidak keluar rumah. Saya sendiri tidak akan pulang ke rumah  selepas kerja jika ada masalah selesema. Itu antara faktor yang menganggu keluarga kami.

“Anak-anak merima baik perpisahan ini. Kami duduk bersama di bulan Ramadan untuk berbincang. Mereka memahami jika ini adalah keputusan yang membuatkan kami gembira,” katanya. 

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mia Sara, Anaias dan Ileana Matin.