fbpx

Ady Putra Sah Failkan Permohonan Cerai, Sudah Tidak Ada Persefahaman

Bukan mendoakan atau apa apa, tetapi rasanya kita sudah sampai ke musim artis bercerai untuk sessi 2012. Dan, selebriti terbaru yang bakal naik turun mahkamah adalah Ady Putra.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang pelakon Ady Putra telah sah memfailkan permohonan cerai terhadap isteri’nya Aida Yusof pada 11 Mei 2012 yang lalu.

Bercakap kepada media Ady Putra bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut tentang permohonan cerai beliau tetapi menegaskan yang tiada orang ketiga dalam isu ini.

“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” kata Ady Putra.

Menurut Ady Putra, beliau dan isteri memilih jalan untuk berpisah secara baik selamat semua usaha menyelamatkan hubungan mereka menemui jalan buntu.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” tambah Ady Putra lagi.