fbpx

ADV: Hujung Minggu Bersama Capital FM 88.9 Sempena 'Viva La Diva'

Kalau anda belum tahu, kami di'belakang Rotikaya semua'nya lelaki dan baru baru ini di'jemput untuk menikmati layanan terbaik yang seorang wanita boleh terima. Read on.

Hujung minggu yang lalu, stesen radio Capital FM dengan frekuensi 88.9 menganjurkan satu program layanan khas untuk meraikan wanita Malaysia hari ini — Viva La Diva.

Aktiviti yang berlangsung seharian itu memang sesuatu yang menyeronokkan lebih lebih lagi kami pulang dengan barisan beg hadiah & hasil membeli belah secara percuma.

Oleh kerana kami kata seharian, ada baiknya kami ceritakan apa kerseronokan yang kami tempuhi sepanjang hari satu per satu berserta gambar untuk anda cemburu. Heh.

Seawal jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul di pejabat Capital FM untuk sarapan pagi dan sesi ramah mesra dengan semua yang terlibat termasuk DJ mereka dan pihak pengurusan yang super awesome.

Pastinya kami di'perkenalkan dengan semua barisan DJ Capital FM iaitu Joanne Kam, Asha Gill, Liang, Priscillia, April, Patricia K, Xandria Ooi dan Deborah selain di'beritahu tentang aktiviti sepanjang hari itu.

Ini merupakan MPV mewah yang kami naiki sepanjang hari — beserta iringan polis trafik untuk ke semua destinasi yang kami tujui pada hari tersebut. Memang terasa seperti seorang VIP apabila tidak perlu tempoh trafik di hujung minggu. Heh.

Destinasi pertama kami adalah Beauté Library (http://www.beautelibrary.com) di'mana kami semua menerima urutan tangan dan juga waxing secara percuma daripada pusat kecantikan ini dan ya, kami terasa seperti lelaki metroseksual sebentar — dan tangan kami lebih lembut untuk menai

p sekarang. Heh.

Pastinya sudah lapar, kami semua kemudian bergerak ke Twentyone Tables+Terrace (http://www.drbar.asia/#twentyonetablesterrace) yang terletak di Bangsar Shopping Centre untuk menikmati makan tengah hari kami. Dan, kami menerima baucer RM100 untuk kembali ke'sini. Kami suka makanan yang di'hidangkan. Yeah!

Dan, ini bahagian paling mengujakan dalam Viva La Diva pada hari tersebut. Parkson Malaysia telah berbesar hati memberikan setiap seorang daripada kami baucer bernilai RM500 untuk kami habiskan dalam masa 60 minit. Kami membawa pulang sepasang kasut yang kami idamkan dari dahulu lagi. Heh.

Cemburu? Layari laman Facebook rasmi Parkson Malaysia di https://www.facebook.com/parkson untuk melihat lebih banyak lagi foto foto kami ketika membeli belah di'sana.

Sebagai mengakhiri aktiviti Viva La Diva pada hari tersebut, kami berasa bertuah dapat bersama sama memasak di'samping Chef Paul di The Food Studio (http://the-food-studio.com), Mont Kiara yang juga menyaksikan DJ Asha Gill berkongsi resepi kegemaran beliau.

Bukan membodek, tetapi masakan yang di'hidangkan Chef Paul dan teman chef lain merupakan makan malam gourmet yang terbaik pernah kami rasa. Memang penutup yang sangat bermakna buat kami.

Terima kasih buat Capital FM kerana menjemput kami untuk menikmati pengalaman sehari sebagai Diva & anda semua patut dengar celoteh DJ mereka setiap hari menerusi frekuensi 88.9 atau secara online di www.capitalfm.com.my.

Jika anda belum puas menikmati gambar yang kami sediakan, jemput'lah melayari laman rasmi Viva La Diva di http://www.capitalfm.com.my/divasdayout.php

zp8497586rq