Minggu lepas, kami di’jemput untuk berbuka puasa di Checkers Cafe yang bertempat di Hotel Dorsett Regency, Kuala Lumpur.


Bukan kami seorang, mereka dari Budiey.com & SyokKahwin.com turut hadir memeriahkan majlis berbuka puasa ini.

Sepanjang bulan Ramadhan, Checkers Cafe menganjurkan Citarasa Selera bersama Jaafar Onn yang mana kehadiran anda untuk menikmati juadah berbuka di’sini akan di’temani selebriti, yes, Jaafar Onn.

Walaupun kami tidak sempat menjamah semua makanan yang ada, namun hidangan yang kami terima memang menyelerakan dan kami stay di kafe sehingga jam 10 malam. Pelahap, yes!

80 jenis hidangan Melayu asli di’sediakan setiap hari & anda kena datang setiap hari untuk menikmati semua juadah yang disediakan. Jika perut anda cukup besar, satu malam boleh habis.

Mereka juga ada menyediakan acara cabutan bertuah setiap malam dan kami bertuah untuk menerima CD muzik Jaafar Onn & produk dari Dorsett Regency KL.

Jika anda berminat untuk menikmati juadah berbuka bersama Jaafar Onn, boleh hubingi Checkers Cafe di talian 03-27161000 dan harga untuk seorang dewasa adalah RM75++.