fbpx

ADV: Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadan Dari One World Hotel

Khamis lalu, penulis di’jemput oleh pihak One World Hotel & Miss Rebecca Saw untuk menghadiri acara preview untuk hidangan Ramadan buffet yang berlangsung di Cinnamon Coffee House, One World Hotel.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang akan datang, One World Hotel akan menyajikan pelbagai hidangan untuk memenuhi selera seluruh lapisan masyarakat yang gemarkan makanan Malaysia.

Nasi minyak sari shawal, kari daging tetel berkentang, ayam masak rendang raya, ikan tenggiri goreng belada, udang sambal petai hirisan, ketam goreng berempah & nangka muda lemak cili padi dengan tulang ikan masin antara masakan tradisional Melayu yang boleh anda nikmati.

Berdasarkan pengalaman kami menikmati hidangan yang di’tawarkan di Cinnamon Coffee House ini, semua masakan yang di’tawarkan sememangnya memenuhi standard sebuah karya masakan tradisional ala ibu ibu kita.

Siput sedut masak lemak yang menjadi igauan Rebecca Saw pada malam Khamis itu. Sedap!

Bukan sekadar makanan tradisional Melayu yang sudah lebih dari cukup, mereka turut menawarkan masakan Barat, Timur Tengah & masakan ala jalanan seperti Char Kway Teow, laksa, mee mamak, popiah dan rojak. Yumm!

Jika anda berminat untuk berbuka puasa bersama keluarga atau teman tersayang, anda boleh tempah tempat duduk anda melalui talian 03-76811157 dan harga Ramadan Buffet untuk seorang ialah RM108++ (dewasa) & RM54++ (kanak kanak bawah 12 tahun).

One World Hotel terletak bersebelahan dengan Sri Pentas TV3 dan terletak betul betul di tengah Bandar Utama. Belanja kami sekali kalau berminat untuk pergi. Heh.