Sah bercerai talak satu sebentar tadi, penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur semuanya sudah pun selesai.
Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, Adira berkata dia banyak berdoa ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini agar dilembutkan hati Datuk Red untuk berpisah.
BACA: Adira, Datuk Red Sah Bercerai Talak Satu
“Alhamdulillah semua dah selesai. Adira sangat-sangat bersyukur. Sebab saya banyak doa dekat…saya banyak doa dekat situ supaya lembutkan hati dia,” katanya.
Sementara itu, Adira berkata baginya perpisahan tidak perlu sehingga bergaduh antara satu sama lain kerana sebagai ibu bapa mereka perlu membesarkan anak-anak bersama-sama.
“Bagi saya nak bercerai pun tak perlu nak bergaduh, tak perlu nak buka aib sana sini sebab macam mana pun anak-anak tetap kami perlu besarkan bersama-sama. Adira ambil langkah tak nak gaduh, selesa untuk berhubung senang berkomunikasi selepas itu,” katanya.
SUMBER: Astro Gempak