Hampir sebulan menimang cahaya mata keempat pada 29 September lalu, penyanyi Adira Suhaimi berkongsikan wajah anak lelakinya itu yang diberi nama Ayub.
Menerusi entri itu, Adira berkongsikan wajah anaknya itu menerusi satu video memaparkan Ayub sedang minum susu.
BACA: Adira Selamat Bersalin Anak Keempat
View this post on Instagram
“Botol susu favourite ayub ni, dah la design cantik, extra soft dan large nipple close to mummy. Botol pun boleh guna sampai besar sebab boleh jadi botol air,” tulisnya.
Perkongsian Adira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan Ayub serta memuji penyanyi itu memilih nama yang cukup simple namun mempunyai maksud yang indah.
Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.