Dalam temubual terbaru bersama media, Adi Putra memaklumkan yang beliau masih menunggu keputusan akhir kes skandal beliau yang melibatkan isteri orang yang kini masih dalam siasatan pihak polis dan berjanji akan kongsikan dengan semua apabila ianya diketahui.

“Saya masih lagi berpegang kepada janji. Sekiranya keputusan itu sudah diketahui, saya akan umumkan kepada semua orang. Lagipun buat masa ini, perkara ini tidak menganggu kerjaya seni saya dan diri saya,” ujar Adi Putra yang bersyukur peminat masih mengambil tentang dirinya.


BACA: Isteri Nafi Adi Putra Guna Pengaruh VVIP Untuk Gugurkan Kes

Ketika hadir ke siri jelajah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) hujung minggu lalu di Damansara, Adi Putra turut ditemani oleh isterinya dan anak mereka Zara Adelia Haadi yang kini berusia setahun.

Adi Putra memaklumkan kepada media yang beliau tidak akan sesekali berahsia dengan anaknya tentang kontroversi yang melanda & akan menceritakan perkara sebenar apabila tiba masanya.

“Saya mahu dia tahu perkara sebenar daripada saya. Mungkin sekarang dia tidak tahu apa-apa tetapi apabila sudah tiba masanya, saya akan beritahu perkara sebenar”

“Biar dia mendengar sendiri penjelasan saya daripada mendapat tahu (tentang kontroversi) melalui Internet atau daripada orang lain,” tambahnya lagi. (rtky/eka)