fbpx

Adegan Bersentuhan: Izzue Islam Nafi Isteri Buat Hal

Masih tidak habis-habis dengan isu isterinya tidak boleh melihat suami bersentuhan, Izzue Islam baru-baru ini menafikan dakwaan yang mengatakan isterinya, Awin, bertindak tidak profesional dengan mengarahkan penggambaran drama dihentikan kerana ada adegan bersentuhan antara Izzue dan wanita lain.

BACA: Isu Bersentuhan, Izzue Islam Minta Hormati Privasi

“Awin tidak pernah minta hentikan penggambaran, begitu juga saya kerana hak sepanjang penggambaran adalah atas kuasa pengarah dan ia adalah mengikut skrip yang kami setujui. Perkara tentang bersentuhan itu kami sudah jelaskan awal-awal lagi”

“Dan pengarah selalunya yang akan tukar babak tersebut bukan saya atau Awin yang memandai-mandai. Isu ini tidak perlu timbul lagi kerana semua pihak sudah jelas dan apa-apa tawaran selalunya mereka sudah maklum tentang syarat itu, barulah kami setuju,” katanya.

Menurut Izzue, sejak mempraktikan syarat tersebut, dia tidak berhadapan dengan sebarang masalah melibatkan pengarah dan pelakon-pelakon lain namun turut kesal dengan tuduhan sedemikian dan mengakui sukar baginya untuk menjelaskan pekara tersebut kepada pihak-pihak lain. (rtky/s)