Adam Corrie Pernah Ditegur Dah Masuk Islam Haram Pakai Chopstick
Sudah hampir 14 tahun memeluk Islam, baru-baru ini pelakon Adam Corrie mendedahkan dia pernah ditegur kerana masih menggunakan penyepit makanan atau ‘chopstick’.
Adam berkata ia berikutan ada pihak menganggap penggunaan chopstick dikatakan haram disisi agama Islam. Adam turut meminta orang ramai membezakan antara budaya dan agama.
BACA: Adam Corrie Islamkan 20 Saudara Baharu
View this post on Instagram
“Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna ‘chopstick’ tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai ‘chopstick’. Haram katanya,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Adam turut berkongsikan kaedah menggunakan penyepit makanan dengan betul ketika menjamah nasi di dalam mangkuk.
“Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna ‘chopstick’ laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh.
“Kalau nasi dalam pinggan, saya guna tangan sahaja untuk makan. Sebab makan di restoran Cina Muslim, dah siap bagi nasi kukus ayam halia dalam mangkuk. Apa lagi, makan pakai chopstick la, budaya bangsa sendiri,” katanya.
Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun.
Nasib dia x mkn pkai kaki.
Yang dok buat hukum begini, biasanya Melayu yang rasa dirinya ‘hebat’, ‘alim’. Sentiasa sibuk ‘nak jaga akidah’ orang lain.
Hakikatnya, jenis HARAMJADAH!
Nk tnjk alim x kena tmpt ni penyakit org melayu isle. Dri kecik smpai tua agama isle jgn kata nk dakwah org kapir masuk isle, nk dakwah kwn2, keluarga sendiri pun x berani. Tp bab jatuh hukum kt org laju jah!
Aku x pecaya ape adam corie ni ckp..mana.ada org melayu yg ckp chopstick tu haram..alahai klau nk sikit attention pun cari le isu yg kuat sikit yg blh buat org pecaya..kalau anjing.khinzir..arak..judi tu mmg biasa org kata haram..tp chopstick x penah aku dengar..
Zmn dulu mungkin xde tp zmn skang ni ramai ustaz2 wahabi semua benda dia nk kata bidaah, sikit2 syirik, sikit2 tahyul, cuma dia lom kapir mengkapir jek sesama Islam. Dia belajar jd ustaz hadis lps tu nk jd pakar ilmu feqah, pakar ilmu tasawuf, pakar ilmu wahyu, segala serbi ckp mcm serba tahu psl agama. Semua org dia nk sesatkannya kalo x sama pendapat dgn dia.
Haram tu x laa tp mkn guna tngn tu ikut sunnah dpt pahala, mkn guna chopstik tu adat budaya cina.
Kesian la kat corrie…mungkin dia rinduuu feel mase jadi cina sblum islam..
jgn rinduuu nk mkn pork sudah.
Aku dulu pernah cuba mkn guna chopsticks pun ditegur.. pastu chopsticks terus hilang kena buang…hahaaaha
yg menegur hanya lebih kepada sentimen. apa saja cara bangsa lain semua tak betul, semua haram. sepatutnya kita bangga, indahnya Islam yg tak mengira bangsa, warna kulit, kasta dll. semoga adam corie tabah hadapi semua ni…
Yang kaki tegur Tu semua gang haprak Feng lahabau ..
Pernah juga kena tegur suatu masa dulu kalau dah islam x boleh guna chopsticks ? malas nak layan
Bukan ke cr dia mkn mcm kelam kabut je..x tercekik ke..
@Intan siapa cakap tak de, adalah orang melayu ckp.. Ada yg ckp, tak boleh guna sudu n garfu lg sbb guna kedua2 belah tgh ms mkn.. Pasal chopsticks ni, siap yang berpangkat ustaz lagi yang cakap, tapi ustaz tu takde la terus terang ckp chopstick, dia ckp makan mengunakan 2kayu or 2jari tak silap, pastu hujung2 ayat dia ckp kita boleh tengok kat Malaysia ni kaum apa yang makan pakai 2batang kayu ni.. Haritu de terdengar kat YouTube pun de.. Tp aq tak knl ustaz tu,baca komen kt YouTube org panggil dia Ustaz.. Tak tau la ustaz yg baru nk up or giler glamer kt media sosial ke pe.. Tu semua nak datangkan pergaduhan antara kaum.. Padahal aq tak pernah lak dengar UAI, ustaz Wadi or ke or mana2 ustaz yg sering kita dengar ceramah dia ckp ttg ni.. First time aku dengar ustaz tu ckp.. Lupa lak nama Ustaz tu…Lagi2 de ustaz2 yg giler glamer baru nak up, pastu buat youtube semata2 mempertikaikan dan komen ceramah ustaz2 lain dalam youtube.. Dah lah ceramah ustaz2 tu di potong separuh2 tak habis, pastu komen yang sepatutnya ceramah ni salah n bukan macam ni dan macamtu.. Peliklah aku de ustaz yang macam ni.. Kerana kewujudan ustaz2 cmni la, umat Islam berpecah belah.. Sepatutnya Islam ni agama penyatuan, menyatukan ummah, bukan memecah belahkan ummah.. Ustaz2 yang syik membidaahkan orang cmni la yang mudah membolak balik kan hati2 manusia, membuatkan umat Islam yang tak kuat ilmu agama ikut dan percaya katanya bulat2..
Tapi aku tak hairan dengan golongan cmni, sebab aku ada dengar ceramah UAI. Dia ckp barang sesiapa yang belajar agama, tujuannya nak meninggi diri, supaya dapat berhujah dengan orang, supaya dia dipuji oleh makhluk, atau dia dinaik kedudukan di sisi masyarakat, orang ini tak cium bau syurga.. Dia siap sebut hadis lagi ttg ni.. Biar la Allah bimbing hati kita dan tunjukkan jalan2 kebenaran.. Bagi aku, berguru lah pada guru yg betul2 kita tahu kewarakkannya, adab dan perilakunya..
Yang kau makan ramen dengan shushi pakai chopstick tak haram pulak….. acah nak makan macam korea tu halal pulak …time dia nak makan guna chopstick time tu pulk haram ….ehh tiber ????
Islam itu indah…x gopoh x lahap xkelam kabut x kecoh …mkn dgn tertib..itu sunah..mn yg patut ikut sunah atau budaya?..Mkn ikut sunah dpt pahala..mkn ikut budaya blh kenyang je..fikir2lh..
Jangan bsar kan issue …kite fikir positif dn hormat menghormati.
tu yg diminta.
bodoh giler saper yg ckp chopsticks tuh haram… islam itu bukan melayu..die ingat nabi2 sumer org melayu ker! org china pon ada yg islam seperti org uyghur.. itu budaya mrk…mkn pakai tgn tu budaya kiter.. mcm budaya india… ada 2 BILLION org islam dlm dunia nih..bangsa melayu x sampai 5% pon dr jumlah tu…bukak mata & minda..lihat dunia luar.. maksud bacaan dlm sembhyg pon x paham tp perasan bagosss