Adam AF dan pelakon Fiza Elite sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, sebentar tadi menurut laporan terkini Harian Metro melalui Twitter.

Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman berkata beliau dan Fiza Elite bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan.


“Ya, hari ni sudah jatuh talak. Dan itulah ia,” katanya ringkas selepas selesai prosiding kes.

Fiza Elite berkata kepada mStar Online beliau menganggap mereka berdua tiada jodoh selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga dilakukan.

“Saya anggap kami berdua sudah tiada jodoh. Siapa yang nak bercerai bukan? Tambah pula ini adalah perkahwinan saya yang kedua. Saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Screen Shot 2014-04-28 at 1.26.50 PM


Fiza Elite pada minggu dikhabarkan telah memfailkan permohonan untuk bercerai namun bekas anggota kumpulan Elite itu mahu pun Adam AF enggan mengulas lanjut akan kesahihah perkara itu dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik.

Adam AF dan Fiza Elite bernikah pada 26 September tahun lalu selepas hanya berkenalan selama dua bulan. Hanya mereka berdua yang tahu apa sebenarnya terjadi. (rtky/m)

Sedang dikemaskini…