fbpx

“Adakah Nabi Kita Mengajar Bersikap Kasar, Bengis?”

Pelakon dan penyanyi Aqasha menegaskan dia bukan penyokong kekejaman zionis seperti yang didakwa sesetengah pihak malah dia sendiri mengutuk tindakan puak berkenaan.

Menurut Aqasha, kenyataan yang dibuatnya sebelum ini susulan tindakan seorang artis yang memuat naik senarai nama artis yang perlu diboikot. Uqasha turut mempersoalkan adakah tindakan boikot itu tuntutan Nabi.

BACA: “Agak-Agak Ini Modus Operasi Rasulullah Ke?” – Aqasha Tak Setuju Gerakan Blockout

“Saya tidak pernah menyokong Is****. Saya tidak menggunakan atau menjadi perwakilan produk yang menyokong Is****. Saya mengeluar kenyataan itu kerana berasa terpanggil dengan entri seorang artis yang mempamerkan senarai nama artis yang perlu diboikot.

“Saya bukan bercakap mengenai artis yang menjadi tali barut Is**** tetapi kita sedang bercakap mengenai apa kurangnya tolenrasi sesama Islam. Adakah perkara (boikot) ini satu tuntutan nabi kita,” katanya.

Sementara itu, Aqasha turut menasihati orang ramai supaya menjaga adab serta menggunakan pendekatan rasional agar tidak menjatuhkan maruah seorang Muslim. Katanya lagi, sebelum ini dia ada berkongiskan mengenai kekejaman zionis namun tidak diberi perhatian oleh netizen.

“Kalau kita tidak menjaga lidah, tiada gunanya hal lain yang kita buat kerana kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita cakap di Padang Mahsyar nanti.

“Ini sesuatu perkara yang tidak sihat untuk mengeluarkan kata sebegitu kepada orang lain. Adakah nabi kita mengajar agar bersikap kasar dan bengis dengan orang lain?

“Jangan jadikan ini sebagai satu budaya kerana jika begini masyarakat kita, maka pemimpin di masa hadapan pun akan bersikap sebegini kerana mereka pun berada dalam kelompak itu,” katanya.

Sebelum ini, Aqasha mempersoalkan tindakan memboikot artis yang tidak menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Aqasha turut mempersoalkan mazhab apa yang diikuti apabila melakukan gerakan berkenaan dan adakah modus operandi tersebut digunakan oleh Rasulullah.

SUMBER: HibGlam