Sekolah adalah ‘rumah kedua’ bagi pelajar yang datang ke sekolah. Semestinya persekitaran sekolah yang selesa dan selamat menjadi perkara utama untuk mereka. Mak ayah pun mesti mahukan persekitaran yang selesa untuk anak-anak agar mereka gembira dan selesa untuk belajar.
Secara umumnya sekolah adalah landasan pertama untuk menimba ilmu, bukan sahaja di sekolah rendah malah di sekolah menengah pun! Suasana yang ceria, bersih dan selamat memberikan keselesaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.
Ukuran tahap kecemerlangan sekolah pun berdasarkan tahap penyelenggaraan fasiliti yang baik tau. Prestasi sekolah yang baik bukan sahaja dinilai dari segi penilaian kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah tetapi persekitaran sekolah yang ceria dan menarik. Setuju dengan kami?
Jadi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu meneruskan ikhtiar untuk menambah baik infrastruktur pendidikan ini.
Bagi tahun 2023, sejumlah RM1.1 bilion peruntukan disediakan untuk selenggara dan membaik pulih sekolah-sekolah di bawah KPM. Peruntukan ini meningkat RM250 juta berbanding RM850 juta tahun 2022.
Dengan ini, KPM akan dapat menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif untuk seluruh warga sekolah.
Hal ini turut dihighlightkan sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin apabila beliau memuat naik status di laman Facebooknya 7 Oktober lalu.
Kita harap usaha dari KPM ini diteruskan agar berjaya dan dapat membantu pelajar belajar dengan lebih selesa di sekolah mereka! Lepas ni lagi semangat la anak-anak bangun sekolah pagi-pagi nak datang sekolah. Hiks.
Persekitaran yang kondusif sememangnya penting dan memberi impak positif dalam pembelajaran khususnya kelas selesa dan menarik!